.
Burung Hantu Julat zaman: Paleosen Akhir – Kini | |
---|---|
Northern Spotted Owl Strix occidentalis caurina | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Aves |
Subkelas: | Neornithes |
Infrakelas: | Neognathae |
Superorder: | Neoaves |
Order: | Strigiformes Wagler, 1830 |
Famili | |
Strigidae
Tytonidae Ogygoptyngidae (fosil) Palaeoglaucidae (fosil) Protostrigidae (fosil) Sophiornithidae (fosil) | |
Sinonim | |
Strigidae sensu Sibley & Ahlquist
|
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burungbiasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):
- Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan
- Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.
Ciri-ciri
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.
Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul di hadapannya.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.
Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.
sumber : wikipedia.com
Post a Comment
Post a Comment